kisah " Penciptaan Nafsu & Akal "

on Saturday, October 18, 2008

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal.

maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun.

Dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

hikmah 5 jari


Berbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di balik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajiban solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian tempelkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa saja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagal
an mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang mulus ini. Apa lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan berbagai cobaan dan godaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Bersediakah anda??
Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari tengah namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identitas dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati karena di kala ini anyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu rasa dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal menjaga emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, maka amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan ide dan karya yang hebat.

Akhir sekali, renungan ibu jari. Bentuknya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan berbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,niscaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahasia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

Rawatan Penyakit " STRESS "

on Tuesday, October 7, 2008

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari- hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar- benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Wacana Islam

Prioriti Cinta

Cinta merupakan hal paling asas dalam hidup. Kerananya Allah tak ingin hambanya memberikan cinta tertingginya kepada selainNya. Allah telah memberikan rezki dan banyak keni'matan kepada kita, tentu sudah sewajarnya jika kita memberikan prioriti cinta kita kepada Allah.

Orang-orang beriman adalah orang yang berjaya dalam bercinta, firman Allah Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa [pada hari kiamat], bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya [niscaya mereka menyesal]. [2 :165]

Orang beriman memprioritikan cintanya kepada Allah, dan cinta ia kepada yang lain didasarkan pada cintanya kepada Allah. Ia tak kan menukarkan cinta tertingginya itu dengan apapun dan berapapun. Ia bahkan memilih menderita dengan cintanya daripada bergelumang kemewahan dengan meninggalkan cinta kepada Rabbnya.

Orang-orang seperti Abdurrahman Bin Auf dan Utsman bin Affan, meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah juga kerana perasaan cintanya yang mendalam. Meski ia harus meninggalkan harta berharganya, tapi cintanya kepada Allah lebih ia pilih daripada cintanya kepada kemewahan. Baginya kalau Allah menghendaki maka tak akan susah untuk mengembalikan kekayaannya.

Akan tetapi lain dengan orang yang tak beriman, ia bahkan rela menjual agamanya untuk harta. Beberapa wanita muslim bahkan rela menikah dengan orang kafir, dengan alasan cinta meski harus meninggalkan keimanannya.

Kebanyakan orang sekarangpun demikian pula, diletakkannya agama pada posisi salah, agama adalah urusan peribadi, bukan untuk ditunjukkan kepada awam,dan lalu menyempitkan peraturan Allah, hanya agar ia dapat bersenang-senang di dunia ini, dengan bereksperimen kepada fikiran-fikirannya, hanya untuk dapat hidup bebas menikmati indahnya wanita dan harta. Begitulah ia lebih mencintai dunianya daripada Rabbnya. Semoga kita tidak termasuk yang demikian, kerana alladziina amanu asyaddu hubbalillah, dan adapun orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Maka Allah memperingatkan kepada kita sekali lagi, akan sebuah nilai cinta haqiqi yang takkan rugi jika kita berada dalam naungannya, Katakanlah: 'jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA'. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [9:24] Begitulah, semoga dapat kita jadikan peringatan agar lebih mencintaiNya, diatas segalanya tentu saja. wallahualam...

Temuduga Tertutup

on Monday, October 6, 2008


PERINGATAN ! Semua akan di kehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian

KEKOSONGAN JAWATAN:
1- Ahli Syurga dari awal

2- Ahli Neraka dari awal
3- Ahli Neraka sementara kemudian
dilantik me
njadi Ahli Syurga

GANJARAN LUMAYAN:
1- Nikmat kubur

2- Perlindungan di padang Mahsyar
3- Keselamatan meniti titian Sirat
4- Syurga yang kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA: anytime !!!
LOKASI TEMUDUGA: di dalam kubur
PANEL/PENEMUDUGA :Munkar Nakir

KELAYAKKAN:

  • Anda tidak perlu bawa apa-apa sijil
  • Anda tidak perlu bawa pingat
  • Anda tidak perlu bawa wang/ harta
  • Anda tidak perlu mmpunyai paras rupa yang cantik,handsome, tegap/seksi
  • Sila bawa dokumen asal IMAN dan AMAL
SOALAN BOCOR:
1- Siapa TUHAN kamu?
2- Apa AGAMA kamu?
3- Siapa NABI kamu?
4- Apa KITAB kamu?
5- Di mana KIBLAT kamu?
6- Siapa SAUDARA anda?


CARA MEMOHON:

- Anda cuma perlu menunggu jemputan dari penjemput
yang berkaliber
- Dia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi)
- Dia akan berlembut pada orang-orang tertentu dan bengis kepadaorang-orang tertentu.
(dia bernama IZRAIL/kemahiran: cabut-mencabut)

Ujian Ilahi

ORANG yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.

R
asulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya: Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa :

Ra
sulullah bersabda.. "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.